Falsafah, visi dan misi MML Maahad Muhammadi Lelaki

Falsafah MML

Maahad Muhammadi Lelaki merupakan sebuah sekolah agama (arab) Kerajaan Negeri Kelantan yang terbesar. Kerajaan Negeri meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian dan kualiti pelajar dalam menyediakan pelapis kepimpinan negara hari ini. Berbagai usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan kualiti Maahad Muhammadi Lelaki, antaranya menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki sebagai sebuah sekolah An-Namuzaji. Berdasarkan pencapaian dan kebolehan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, memang wajar Maahad Muhammadi Lelaki diletakkan sebagai sekolah An-Namuzaji. Oleh itu, bagi meralisasikan harapan ini kerjasama dari semua pihak adalah perlu termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan pihak kerajaan sendiri harus memberikan perhatian dan sokongan yang padu kepada Maahad Muhammadi Lelaki.

Visi MML

Merealisasikan Falsafah & Matlamat Pendidikan YIK.

Misi MML

Maahad Muhammadi Lelaki beriltizam untuk menjadi sebuah model institusi ilmu (mithali) terulung yang membangunkan sektor pendidikan sepadu dan menawarkannya untuk menggerak seluruh potensi pelajarnya bagi melahirkan generasi rabbani melalui program pendidikan terancang berteraskan Islam dan tradisi ilmunya.

Badan Utama di MML

  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Badan Asrama MML (BAMML)
  • Badan Pengawas (BP)
  • Badan Latihan & Kepemimpinan Islam (BALKIS)
  • Badan Kaunseling & Kerjaya